Tuesday 5 August 2014

Kenali Herba Dalam IV Mist-Bhg 1

Hari ini dan artikel seterusnya kita akan mula mengenali herba-herba yang menghasilkan produk IV Mist Magic Oil ini. 

Untuk pengetahuan semua herba-herba ini merupakan herba terbaik yang dipilih dan melalui Teknologi Bio Nano, ianya diekstrak menjadikan minyak berkualti yang amat halus yang boleh menyerap terus ke dalam sel dalam tubuh badan kita.

Gabungan keberkesanan setiap herba tersebut dengan kadar resapan yang amat tinggi menyebabkan kesan yang pantas dapat dilihat setelah mengunakannya.

Herba-herba tersebut adalah :


1. HABBATUS SAUDA

  • Habbatus Sauda atau Black Cumin (Nigella sativa) Seed kaya akan kandungan nutrisi Monosaccharides (molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose, dan arabinose. 
  • Black Cumin (Nigella sativa) Seed mengandung non-starch polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat berguna. 
  • Lima belas asam amino membentuk protein yang mengandung Black Cumin (Nigella sativa) Seed, termasuk delapan dari asam amino penting.
  • Asam amino tidak dapat disintesis secara cukup didalam tubuh kita, sedangkan kita memerlukannya untuk menjaga berat badan. 
  • Black seed mengandung Arginine yang penting pada masa pertumbuhan


2. SAFFRON
  • Saffron adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. 
  • Ia mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Ia juga tergolong antara bahan yang termahal di dunia yang mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. 
  • Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
  • Khasiat lain ialah membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, menambahkan tenaga zahir dan batin, masalah mati pucuk, sembelit, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak, awet muda dengan kulit cerah dan bersih, bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing dan lain-lain lagi.

3. SERAI
  • Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1 gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser. 
  • Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.
  • Kegunaan serai adalah ia adalah anti-oksidan, detoksifikasi - proses pembuangan toksin dari badan, menstabilkan tekanan darah dan kolestrol, sembelit, demam dan selsema, senak perut, anti-bakteria dan anti-kulat, artritis, gout dan sakit sendi, angin di dalam perut, mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid), terbukti untuk merawat jerawat dan jeragat.

4. LIMAU PURUT
  • Limau purut mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan.
  • Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 
  • Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. 
  • Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. 
  • Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. 
  • Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

5. MINYAK ARGAN
  • Buah Argan dari pohon Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. 
  • Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan negara Maghribi.
  • Manfaat minyak argan adalah tidak hanya terhad kepada kulit, rambut dan kuku, tetapi juga untuk kesihatan badan dalaman. 
  • Ia juga dikenali untuk melegakan dan memberikan kelegaan daripada kesakitan yang disebabkan oleh penyakit sendi dan artritis. 
  • Argan minyak mempunyai kesan positif terhadap kolesterol dan aterosklerosis.
Ini adalah sebahagian dari herba yang terkandung dalam IV Mist Magic Oil. Jika dilihat kebaikkan yang dihasilkan dari setiap herba ini, insyaallah pelbagai kesakitan dan penyakit dapat diubati.
Untuk lima (5) lagi herba lain, akan saya kongsikan dalam artikel seterusnya kemudian. Sehingga bertemu lagi, Salam Bahagia Bersama Nikmat Kesihatan Diri dan Sekeluarga.

*Artikel berkenaan herba ini diperolehi dan dikongsikan dari tulisan di http://www.ivmist.com

No comments:

Post a Comment